“Be Green Outreach Programme” Buka Mata Generasi Muda tentang Isu Plastik

“Be Green Outreach Programme” Buka Mata Generasi Muda tentang Isu Plastik
4 December 2024
Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah
Kepala Batas, Pulau Pinang

Pada 4 Disember 2024, Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah, Kepala Batas, mencatat sejarah apabila lebih 900 pelajarnya terlibat dalam Be Green Outreach Programme anjuran Pengajian Kejuruteraan Kimia UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG). Program sehari ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kelestarian alam sekitar dengan penekanan pada pengurusan plastik.

Modul utama seperti Plastik, Kelestarian dan Anda memberikan pelajar pendedahan tentang kitaran hayat plastik dan pengurusan sisa pepejal. Aktiviti interaktif seperti Explorace dan Chem-E-Car Race turut memupuk kreativiti dan pemahaman pelajar tentang pengurusan plastik secara inovatif.

Program ini adalah hasil kolaborasi erat antara UiTM, PCG, dan komuniti tempatan, melibatkan 56 sukarelawan UiTM. Ia menjadi bukti bahawa pendidikan boleh menginspirasi generasi muda menjadi agen perubahan ke arah masa depan yang lebih lestari.

Galeri Gambar

Need Help?