Industry-in-the-Campus: Menghubungkan Akademik dan Industri

Industry-in-the-Campus: Menghubungkan Akademik dan Industri
4 March 2025
EMZI Halal Park
Sungai Petani, Kedah

Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang (PKK UiTMCPP) sentiasa komited dalam memberikan pendedahan industri yang menyeluruh kepada para pelajar bagi memastikan proses pembelajaran lebih holistik dan berorientasikan dunia sebenar. Selaras dengan Agenda Education 5.0 UiTM, salah satu teras strategik yang ditekankan adalah konsep “Industry in the Campus”, yang menggalakkan penglibatan langsung industri dalam ekosistem akademik universiti.

Dalam usaha merealisasikan matlamat ini, PKK UiTMCPP telah menjalinkan kerjasama strategik melalui Memorandum Perjanjian (MoA) bersama EMZI Holding Sdn Bhd untuk menubuhkan makmal penyelidikan industri yang dinamakan EMZI NANO-CORE di UiTMCPP. Makmal ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat penyelidikan, tetapi juga sebagai platform pembelajaran berasaskan industri, membolehkan para pelajar memperoleh pengalaman hands-on dalam teknologi nano dan aplikasi industri.

Sebagai sebahagian daripada pengisian program ini, pelajar yang mengambil subjek CEV631 (Leadership and Professional Ethics for Engineers) telah didedahkan dengan kuliah industri eksklusif bersama EMZI Holding Sdn Bhd. Program ini berlangsung di kilang EMZI di Kedah Halal Park, Sungai Petani, serta sesi perkongsian operasi syarikat di HQ EMZI, SP Plaza, Sungai Petani.

📌 Antara pengalaman berharga yang diperoleh oleh para pelajar:

✅ Sesi interaksi langsung bersama CEO EMZI Health Science Sdn Bhd, En. Othman Halim, yang berkongsi konsep kepimpinan dalam industri serta persiapan yang perlu dilakukan oleh setiap graduan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
✅ Pendedahan terhadap operasi kilang – pelajar menyaksikan secara langsung bagaimana proses pengeluaran, kawalan kualiti, dan keselamatan industri dikendalikan di sektor pembuatan.
✅ Pemahaman tentang pemasaran digital – setiap ketua jabatan berkongsi strategi pemasaran, pengurusan perniagaan, dan inovasi produk yang digunakan oleh syarikat dalam mengukuhkan jenama di pasaran.

📍 Memperkukuh Jaringan Universiti-Industri

Inisiatif ini merupakan langkah signifikan dalam memperkukuh neksus antara universiti dan industri, sekaligus membentuk graduan yang lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Semoga kolaborasi ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak program akademik-industri, membolehkan UiTM terus menjadi peneraju dalam melahirkan tenaga kerja profesional yang kompeten dan relevan dengan keperluan industri moden.

🌟 UiTM: Globally Renowned University, Locally Rooted.

Galeri Gambar

Need Help?