Lawatan Industri CEV413 Ke Loji Rawatan Air Sungai Dua

Lawatan Industri CEV413 Ke Loji Rawatan Air Sungai Dua
20 May 2025
Loji Rawatan Air Sungai Dua
Sungai Dua, Pulau Pinang

Seramai 38 orang pelajar dari program ijazah sarjana muda Kejuruteraan Kimia (persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menyertai lawatan akademik ke Loji Rawatan Air Sungai Dua, Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada pembelajaran dalam kursus CEV413 – Physico-chemical wastewater treatment

🔍 Lawatan ini telah diketuai oleh Dr. Noraida Zubir dan Dr. Norain Isa, serta disambut mesra oleh pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang memberikan taklimat dan penerangan terperinci berkenaan operasi rawatan air bersih di loji terbesar negeri Pulau Pinang.

💧 Antara pengisian utama:

– Proses rawatan air mentah kepada air bersih
– Sistem penapisan dan pemantauan kualiti air
– Kepentingan pemeliharaan sumber air negara
– Demonstrasi model paip & sistem tekanan serta sistem rawatan air di Pulau Pinang.

📚 Lawatan ini memberikan pendedahan langsung kepada pelajar tentang cabaran dan teknologi sebenar dalam industri bekalan air serta mengaitkan teori kelas kepada aplikasi dunia sebenar.

Ucapan penghargaan kepada PBAPP atas kerjasama dan penerimaan yang sangat profesional.

Galeri Gambar

Need Help?