Lawatan Industri CEV663 Ke Petronas Chemical Fertilizer Sdn. Bhd.
Pada 22 Mei 2025 yang lalu, seramai 40 orang pelajar Tahun Akhir (Part 8 yang mengikuti kursus CEV663 – Design Project telah berpeluang menyertai Lawatan Industri ke PETRONAS Chemical Fertilizer Sdn. Bhd., Gurun, Kedah.
🏭 Lawatan ini bertujuan untuk:
✅ Memberi pendedahan sebenar kepada operasi loji berskala besar
✅ Memahami pelaksanaan sistem kejuruteraan proses dalam industri baja
✅ Menilai aspek keselamatan, pengurusan projek dan rekabentuk yang dipelajari dalam kursus
💬 Para pelajar juga berinteraksi secara langsung dengan jurutera PETRONAS, sekaligus memberi gambaran realistik tentang kerjaya dan cabaran dalam industri kimia.
🎓 Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha fakulti dalam mengintegrasikan pengajaran berasaskan industri (Industry-Based Learning) untuk memperkukuh kemahiran teknikal dan profesionalisme pelajar sebelum tamat pengajian.
Terima kasih kepada pihak PETRONAS Chemical Fertilizer Sdn. Bhd. atas layanan mesra dan peluang pembelajaran yang sangat bermakna ini.



