Lawatan Penanda Aras Program Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Persekitaran (CEEH225) UiTM Cawangan Pulau Pinang Ke FTKKP UMPSA

Lawatan Penanda Aras Program Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Persekitaran (CEEH225)
18 December 2024
Dewan Tun Teja 1, UMPSA Kampus Gambang
Kuantan, Pahang

Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PKK) UiTMCPP telah mengadakan lawatan penanda aras bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) CEEH225 ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA). Delegasi daripada PKK UiTMCPP seramai 9 orang diketuai oleh Ketua Pusat PKK, Dr. Hamizura Hassan.

Program dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh Dekan FTKKP, ucapan aluan oleh Timbalan Dekan Akademik dan taklimat oleh kedua-dua ketua program PKK dan BKC. Perbincangan dua hala secara dalam kumpulan berfokus kepada kesediaan program ke arah EAC Standard 2024, dan pelaksanaan complex engineering problems (CPS) dan sustainable development goals (SDGs) dalam kurikulum. Perbincangan turut melibatkan pelaksanaan integrated design project (IDP), undergraduate research project (URP), industrial training (LI) dan pembelajaran makmal. Program diakhiri dengan lawatan ke makmal FTKKP.

Lawatan ini telah mencapai objektif yang digariskan oleh pihak PKK serta memberi manfaat bersama kepada rakan-rakan sejawatan di BKC.

Galeri Gambar

Need Help?