Pasukan EMZI-UiTM Nano Core Lab Cemerlang di IPITEx 2025
Pasukan EMZI-UiTM Nano Core Industrial Research Laboratory, hasil kerjasama antara EMZI Group dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang khususnya Pengajian Kejuruteraan Kimia, telah mencapai kejayaan gemilang dalam Thailand Inventors’ Day & Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx) 2025 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Februari 2025 di Bangkok.
Pasukan ini, yang diketuai oleh Dr. Mohamad Syafiq Abdul Wahab, Penyelidik Kumpulan EMZI, berjaya meraih dua pingat emas dan satu Anugerah khas dari National Institute for Research & Development in Chemistry and Petrochemistry, Bucharest, Romania untuk produk EMZI Group. Tambahan itu satu pingat emas dan satu Anugerah Khas NRCT serta satu pingat perak turut dimenangi penyelidik muda dari UiTM Cawangan Pulau Pinang di bawah Nano Core Lab.
Butiran anugerah yang diperoleh ( 3 2 Anugerah khas 3 anugerah Emas 1 Anugerah Perak)
1. 🏆 National Research Council of Thailand (NRCT) Special Prize.
– CHITRON Prime: Advanced Chitosan-Stabilized Iron Oxide Nanoparticles Priming Solutions for Sustainable Seed Germination.
2. 🇷🇴 Special Award from National Institute for Research & Development in Chemistry and Petrochemistry, Bucharest, Romania.
– Teh Tarik Mahmudi: Amplifying Cognitive Function Through Co-Encapsulation of Moringa Oleifera, Plukenetia Volubilis, and Andrographis Paniculata.
3. Gold Medal 🥇
– CHITRON Prime
– Teh Tarik Mahmudi
– Olive Tin: Revolutionizing Heart Health with Co-Microencapsulated Olive and Fig Extract.
4. Silver Medal 🥈
– PolyMag-Swim: Innovative Magnetic (PVDF-Fe3O4) Microswimmer for PFOS Degradation.
Ketua Makmal EMZI NANO-CORE, Ts. Ir. Mohamed Syazwan, menyatakan bahawa nilai makmal EMZI NANO-CORE iaitu I-SAVE (Innovation, Synergy, Agile, Value Driven, Empathy) telah berjaya diterjemahkan dengan jayanya dalam penglibatan pasukan inovasi hibrid EMZI-UiTM dalam pertandingan inovasi antarabangsa berprestij IPITEx 2025 di Bangkok ini.
Beliau menambah bahawa kerjasama universiti-industri ini telah dibawa ke tahap lebih tinggi, mendapat pengiktirafan antarabangsa dan terus lestari, menunjukkan kepercayaan kepada produk-produk dan hasil kajian R&D yang dijalankan di makmal EMZI NANO-CORE dan Kumpulan EMZI sendiri.
Ahli pasukan yang terlibat dalam delegasi ini termasuk Dr Mohamad Syafiq Abdul Wahab (EMZI), Alia Khalidah Ismail (EMZI) dan pelajar-pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang dari Pengajian Kejuruteraan Kimia iaitu Nurfarwizah Adzuan Hafiz, Nur Lina Syahirah Mustapa, Amiesha Nur Shaheerah Mazlan, dan Siti Nursyazweena Zulkarnain.
Kejayaan ini mengukuhkan komitmen EMZI-UiTM Nano Core Lab dalam memajukan inovasi dan penyelidikan saintifik dalam industri makanan dan kesihatan. Penghargaan setinggi-tingginya diucapkan kepada semua pihak yang telah menyokong dan menyumbang kepada kejayaan ini.
bagi pihak Pengajian Kejuruteraan Kimia UiTM Cawangan Pulau Pinang kami merakamkan jutaan TAHNIAH kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kejayaan ini.