Penyelidikan di ISIS Neutron and Muon Source, Harwell Oxford, England
Dari 22 September hingga 7 Oktober 2024, dua wakil UiTM Cawangan Pulau Pinang, seorang pelajar PhD (Nurfarwizah Adzuan Hafiz) dan seorang pensyarah dari Pengajian Kejuruteraan Kimia (Prof MAdya Ir Dr Noor Fitrah Abu Bakar) telah menyertai program penyelidikan di ISIS Neutron and Muon Source, England. Penyelidikan ini memanfaatkan teknologi neutron dan muon untuk analisis struktur bahan, memberi fokus kepada aplikasi nanoteknologi dalam bahan lestari. Projek ini turut diselia Ir. Ts. Mohamed Syazwan Osman.
Program ini melibatkan eksperimen menggunakan peralatan Imaging and Tomography (IMAT) untuk memantau kesan nanopartikel besi terhadap pencambahan benih sayuran, yang merupakan kajian pertama seumpama ini di dunia. Peserta turut menghadiri sesi bimbingan pakar dan perkongsian ilmu yang memperkukuh kompetensi mereka dalam penyelidikan lanjutan.
Inisiatif ini memberikan impak signifikan kepada UiTM dalam meningkatkan reputasi antarabangsa dan membuka peluang penerbitan jurnal berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi universiti untuk menjadi institusi penyelidikan terkemuka.