Penyelidikan di Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Thailand

Penyelidikan di Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Thailand
18 - 23 December 2024
Synchrotron Light Research Institute (SLRI)
Bangkok, Thailand

Dari 18 hingga 23 Disember 2024, enam penyelidik dari UiTM Cawangan Pulau Pinang, terdiri daripada pelajar ijazah sarjana muda dan PhD, telah menyertai program penyelidikan di Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Thailand. Penyelidikan ini memfokuskan kepada bahan mikro-perenang untuk rawatan pencemaran air menggunakan teknologi sinar-X berintensiti tinggi, khususnya alat XAS (X-ray absorption spectrometer).

Program ini bertujuan meningkatkan keupayaan penyelidik dalam memahami sifat mikroskopik bahan untuk pembangunan teknologi hijau dan lestari. Aktiviti termasuk eksperimen, sesi taklimat teknikal, dan perbincangan kolaboratif dengan pakar SLRI. Penglibatan ini membuka peluang untuk penerbitan jurnal berimpak tinggi dan kolaborasi strategik serantau, memperkukuh reputasi UiTM sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan.

Galeri Gambar

Need Help?