Cataliq Studio Podcast Mengalirkan Inovasi, Memberi Manfaat kepada Semua

Platform ini berfungsi sebagai pemangkin kepada penyebaran idea-idea baru, pengetahuan tentang teknologi, dan projek kejuruteraan melalui pelbagai saluran seperti podcast, media sosial, dan kandungan digital.

Cataliq Studio adalah sebuah platform media yang diasaskan oleh Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang, dengan visi untuk memacu inovasi, kreativiti, dan penyebaran ilmu kejuruteraan kepada khalayak umum. Nama Cataliq terinspirasi daripada gabungan dua perkataan, catalyst (pemangkin) dan liquid (cecair atau air), yang melambangkan keupayaan studio ini untuk menjadi pemangkin perubahan dan mengalirkan idea-idea inovatif yang memberi manfaat kepada masyarakat, seperti aliran air yang terus membawa kehidupan dan kebaikan ke mana sahaja ia pergi.

Melalui Cataliq Studio Podcast, kami menyampaikan perbincangan berimpak tinggi tentang teknologi, projek kejuruteraan, inovasi, dan penyelesaian kepada cabaran dunia moden. Podcast ini mengetengahkan pelbagai tetamu, termasuk pakar industri, penyelidik, usahawan, dan individu berinspirasi, yang berkongsi kisah dan wawasan mereka. Perbincangan ini bertujuan menyebarkan pengetahuan yang dapat dimanfaatkan oleh pendengar untuk mencetus perubahan positif dalam kehidupan mereka sendiri dan komuniti mereka.

Platform ini terbuka kepada semua — sama ada anda profesional, pelajar, atau individu yang ingin memahami dunia inovasi dengan lebih dekat. Dengan matlamat menyebarkan manfaat kepada seramai mungkin, Cataliq Studio berfungsi sebagai saluran untuk menyuarakan idea, mencetus inspirasi, dan membina jalinan yang bermakna antara ilmu kejuruteraan dan masyarakat.

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada perbincangan kami atau ingin berkongsi kisah inspirasi sebagai tetamu podcast, sila hubungi Ir. Ts. Mohamed Syazwan Bin Osman di talian 013-2022645 atau emel syazwan.osman@uitm.edu.my. Sertai kami dalam misi untuk mengalirkan inovasi yang membawa manfaat kepada dunia.

Cataliq Studio: "Where Innovation Speaks."


SENARAI EPISOD

    8 February 2025

    Cataliq Podcast presents an inspiring episode with Miss Fabiola and Miss Clarissa, lecturers from Universitas Ciputra. Miss Fabiola and Miss Clarissa bring a wealth of knowledge and experience to guide students in developing the skills and mindset necessary for success in the world of entrepreneurship.

      3 February 2025

      Bersama Dr. Mohamad Sufian So'aib, pensyarah kejuruteraan kimia yang membawa misi ilmu untuk semua! Beliau berkongsi perjalanan uniknya menimba ilmu ke peringkat tinggi di United Kingdom, bermula dari ijazah pertama dengan tanggungjawab diri yang teguh, sehingga menjadi pendidik yang tidak hanya membentuk pelajar universiti, tetapi juga aktif menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Dari kuliah formal ke program komuniti, Dr. Sufian percaya bahawa perubahan bermula dari penyebaran pengetahuan yang inklusif.

        27 January 2025

        Dalam episod kali ini, kami ingin membawakan sebuah coretan hidup seorang pemimpin dikalangan pelajar UiTM CPP. Bermula dari seorang pelajar biasa, sehingga memegang tampuk kepimpinan dan amanah seorang YDP MPP UiTM CPP. Kisah yang amat menarik dan harus dikongsikan bersama dalam melahirkan lebih ramai pemimpin muda khususnya dalam kalangan pelajar universiti.

          18 January 2025

          Dengarkan! Pengalaman dan pengisisan bermakna dalam hidup sebagai seorang pelajar dan pensyarah dengan slogan "All Out in Weekdays, Enjoy in the Weekend" bersama-sama rakan dan ahli keluarga. Terima kasih tidak terhingga juga kepada penonton yang setia menonton podcast kami sehingga episod yang ke-10 kali ini.

            10 January 2025

            Tahukah anda kesihatan mental dikalangan warga Malaysia terutama yang melibatkan pelajar Universiti saban hari amat merunsingkan. Kes-kes yang direkodkan juga semakin meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Statistik yang dikeluarkan menyaksikan hampir 5 Juta rakyat Malaysia menghadapi masalah kesihatan mental dan peningkatan sebanyak 16.5 peratus dikalangan Mahasiswa/i dari 2019 sehingga 2023.

              6 January 2025

              Tahukah anda kemajuan teknologi kini yang mampu meningkatkan menghasilkan produk makanan yang sihat serta perubatan yang menggunakan bahan alami seperti herba? Seperti yang kita ketahui sejak turun temurun bahawa herba, "folk remedies" yang didapati di Malaysia terdapat banyak faedah yang dapat menyembuhkan penyakit

                28 December 2024

                Tahukah anda, teknologi pertanian moden atau sering juga dikenali sebagai Agri-Tech merupakan bidang penting dalam memastikan Sekuriti Makanan di setiap negara terjamin. Pada kali ini, Cataliq Studio membawakan sebuah Syarikat Keusahawanan Mahasiswa yang menumpukan pertanian moden dalam penghasilan produk sayur-sayuran.

                  22 December 2024

                  Tahukah anda kemajuan teknologi kini yang mampu meningkatkan keselamatan peralatan perubatan seperti picagari serta pemprosesan makanan tanpa menggunakan bahan kimia dan bahan pengawet makanan? Lebih diketahui sebagai 'Steam Sterilization' yang merupakan teknik terbaharu yang diketengahkan berbanding sterilisasi sedia ada yang menggunakan bahan kimia seperti gas Ethylene Oxide (EtO) untuk kaedah pengsterilan!

                    13 December 2024

                    Tahukah anda, teknologi pertanian moden atau sering juga dikenali sebagai Agri-Tech merupakan bidang penting dalam memastikan Sekuriti Makanan di setiap negara terjamin. Pada kali ini, Cataliq Studio membawakan sebuah Syarikat Keusahawanan Mahasiswa yang menumpukan pertanian moden dalam penghasilan produk sayur-sayuran.

                      6 December 2024

                      Tahukah anda kemajuan teknologi kini yang mampu meningkatkan keberhasilan dan kualiti tanaman dengan menggunakan besi? Lebih diketahui sebagai Iron Oxide, FeO-NPs dan teknik salutan awal benih (seed priming) mampu mempercepat pertumbuhan tanaman. Dengarkan! Kemajuan teknologi di dalam dunia pertanian dan pencapaian anak muda kita yang membawa nama Malaysia ke persada dunia!

                        30 November 2024

                        Tahukah anda kemajuan teknologi kini yang mampu mereplikakan Caviar? Lebih diketahui sebagai Molecular Gastronomy, replika yang terhasil mampu dimanipulasikan rasa nya menjadi pelbagai! Juga konsep Sous Vide yang mampu memasak makanan dalam suhu yang terkawal! Dengarkan! Kemajuan teknologi di dalam dunia kulinari!

                          23 November 2024

                          Kebiasaannya kita akan kaitkan negara China dengan Copy dan Paste. Namun, kini China kekal sebagai salah satu negara termaju di dunia! Pernahkah kalian terfikir akan mentaliti dan ideologi di China disebalik stereotaip tersebut? Dengarkan! Kemajuan teknologi di negara China.