
Saintis Muda UiTM Perkukuh Kedudukan Malaysia dalam Penyelidikan Global di Fasiliti Neutron Bertaraf Dunia
Pasukan penyelidik UiTM Cawangan Pulau Pinang berjaya meletakkan Malaysia di peta penyelidikan global selepas dipilih menjalankan eksperimen di ISIS Neutron and Muon Source, United Kingdom, menerusi projek pembangunan teknologi bagi menangani pencemaran mikroplastik.

Community Development International Inbound (CDII-E) - Kolaborasi Universitas Syiah Kuala (USK) & Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang
Prof. Dr. Abdul Hadi, Dr. Muhammad Zahiruddin bin Ramli dan Saudara Fuad Ainuddin bin Ismail Shah telah menjayakan program Community Development International Inbound (CDII-E) hasil kolaborasi antarabangsa antara Universitas Syiah Kuala (USK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang dan Koperasi Produksi Fish Jelly Aceh.

Flag-Off Latihan Sangkutan Penyelidikan Antarabangsa - Prince of Songkla University (PSU), Thailand dan STFC ISIS Neutron and Muon Source, Oxford, United Kingdom
Sesi "flag-off" pensyarah dan pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, sebagai simbolik pelepasan rasmi bagi menjalani latihan sangkutan penyelidikan luar negara.

Pelajar Pasca Siswazah Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMCPP Menerima Biasiswa Prince Songkhla University (PSU), Thailand
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar pasca siswazah Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMCPP, saudari Nur Lina Syahirah Mustapa (EH950) yang berjaya meraih biasiswa PhD berprestij "Ph.D. Student Exchange Scholarship for Fiscal Year 2026" di Prince Songkhla University (PSU), Thailand selama 6 bulan bermula 1 Julai 2026.

Lawatan Rektor Middle East Technical University (METU) Turkiye ke Makmal EMZI NANO-CORE
Prof. Dr. Ahmet Yozgatligil, Rektor Middle East Technical University (METU) Turkiye telah mengunjungi makmal penyelidikan industri EMZI NANO-CORE Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTMCPP. Banyak input menarik dari Prof Ahmet dalam mengukuhkan lagi makmal ini dan memneroka ruang kerjasama antara METU Turkiye dan FKK UiTMCPP

Jerayawara Akademik di FSG, UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah
Jerayawara akademik di FSG, UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah - jemputan Fakulti Sains Gunaan (FSG), UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah, delegasi Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) terdiri daripada Prof Madya Dr Hamizura Hassan, Dr Nor Fariza Ismail, Dr Siti Sabrina dan dua wakil pelajar EH225, saudari Qarmilla dan Alia.

Program International Academic Mobility and Research Collaboration di Universiti Brunei Darussalam (UBD)
Pihak Fakulti ingin merakamkan ucapan Tahniah kepada Pensyarah kanan FKK, Dr. Nur Alwani Ali Bashah atas kejayaan menyertai program International Academic Mobility and Research Collaboration di Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 11 hingga 17 April 2026.

Lawatan YBhg Tan Sri Pro Canselor UiTM ke Makmal EMZI NANO-CORE
Lawatan YBhg Tan Sri Pro Canselor UiTM ke Makmal EMZI NANO-CORE merintis kerjasama erat UiTM-EMZI. Makmal Penyelidikan Industri ini telah bermula sejak 2021 merupakan satu manifestasi kelestarian hubungan universiti-industri yang terjalin di PKK UiTMCPP ini.

Kunjung Bantu Inovasi - Inisiatif Program Sentuhan Daya Cipta MADANI (SEDIA)
Sesi kunjung bantu pensyarah kanan Ir Ts Mohamed Syazwan Bin Osman kepada 20 orang pelajar SMK Pauh Jaya dan SMK Mengkuang Pulau Pinang berkait inovasi. Kesemua mereka merupakan pelajar bimbingan di bawah Ir Syazwan bagi program Sentuhan Daya Cipta MADANI (SEDIA) yang dibiayai Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan BPPBPP ICU JPM.

UiTMCPP Perkukuh Kerjasama Penyelidikan Antarabangsa di Prince of Songkla University
Delegasi UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diketuai oleh Ir. Ts. Mohamed Syazwan Osman bersama 5 orang pelajar Kejuruteraan Kimia telah mengadakan lawatan akademik ke Prince of Songkla University (PSU), Hat Yai, Thailand bagi memperluaskan jaringan kerjasama penyelidikan dan penyeliaan pascasiswazah.