Program Glow In The Dark Dodgeball ChESS x JSP
Pada 21 Jun 2026, Chemical Engineering Student Society (ChESS) dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) telah menganjurkan program Glow in the Dark Dodgeball bertempat di Gelanggang Hoki Zamrud, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Program ini telah disertai oleh 8 kumpulan pelajar daripada pelbagai fakulti di Kampus Permatang Pauh. Aktiviti ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah turut mengeratkan hubungan antara pelajar melalui suasana pertandingan yang santai, aktif dan menyeronokkan.
Tahniah diucapkan kepada ChESS, JSP, barisan jawatankuasa pelaksana serta semua peserta yang telah menjayakan program ini.


