
Lawatan Industri CEV413 Ke Loji Rawatan Air Sungai Dua
Seramai 38 orang pelajar dari program ijazah sarjana muda Kejuruteraan Kimia (persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menyertai lawatan akademik ke Loji Rawatan Air Sungai Dua, Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada pembelajaran dalam kursus CEV413 – Physico-chemical wastewater treatment.

Jerayawara Misi Akademik di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMKK), Pendang Kedah
Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya melaksanakan Jerayawara Misi Akademik di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMKK), Pendang Kedah sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM kepada bakal mahasiswa.

Mesyuarat Penyelarasan Projek CSR "Tanah Subur Pintar" antara UiTM & Petronas Gas Berhad
UiTM terus komited dalam memacu inovasi dan kelestarian melalui Projek Tanah Subur Pintar – CSR, hasil kolaborasi strategik dengan Petronas Gas Berhad (PGB). Projek ini bertujuan untuk memanfaatkan teknologi pintar dalam pemulihan dan pengurusan tanah subur sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi impak kepada alam sekitar dan masyarakat.

Khidmat Masyarakat: Pemindahan Ilmu Bersama Pelajar PSMART 2.0 SMK Pokok Sena
Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang terus komited dalam usaha pemindahan ilmu kepada masyarakat, kali ini melalui program PSMART 2.0 bersama pelajar SMK Pokok Sena, yang menjalankan projek inovasi penghasilan lip balm berasaskan asam renda.

Jerayawara Misi Akademik: Sekilas CEEH225 di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh & UiTM Pasir Gudang
Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya melaksanakan Jerayawara Misi Akademik: Sekilas CEEH225 di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh dan Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Pasir Gudang. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM kepada bakal mahasiswa serta memberikan gambaran jelas mengenai peluang akademik dan kerjaya dalam bidang ini.

Lawatan Pemeriksa Luar: Memperkasa Program Ijazah Sarjana Muda
Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang berbesar hati menerima lawatan pemeriksa luar, Prof. Ir. Dr. Zainal Ahmad, yang juga Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM). Lawatan ini bertujuan untuk menilai dan menambah baik program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTMCPP bagi memastikan ia terus relevan dengan keperluan industri dan perkembangan akademik terkini.

Lawatan Pengurusan UiTM Cawangan Sarawak ke Makmal EMZI NANO-CORE
Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Sarawak ke Makmal Penyelidikan Industri EMZI NANO-CORE. Lawatan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama penyelidikan dan memahami inisiatif Industry-in-the-Campus yang telah diterapkan di UiTMCPP melalui kerjasama strategik bersama EMZI Holding Sdn. Bhd.

Industry-in-the-Campus: Menghubungkan Akademik dan Industri
Sebagai sebahagian daripada pengisian program ini, pelajar yang mengambil subjek CEV631 (Leadership and Professional Ethics for Engineers) telah didedahkan dengan kuliah industri eksklusif bersama EMZI Holding Sdn Bhd. Program ini berlangsung di kilang EMZI di Kedah Halal Park, Sungai Petani, serta sesi perkongsian operasi syarikat di HQ EMZI, SP Plaza, Sungai Petani.

Pencapaian Cemerlang di Malaysia Technology Expo (MTE 2025)
Jutaan tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang iaitu Dr. Rasyidah Alrozi, Dr. Siti Aminah Md Ali, Dr. Siti Nurehan Abd Jalil, Dr. Norain Isa dan Ir. Ts. Mohamed Syazwan Bin Osman atas pencapaian luar biasa mereka sebagai mentor inovasi kepada pelajar-pelajar sekolah di Pulau Pinang dalam pertandingan inovasi MTE 2025.

Pasukan EMZI-UiTM Nano Core Lab Cemerlang di IPITEx 2025
Pasukan EMZI-UiTM Nano Core Industrial Research Laboratory, hasil kerjasama antara EMZI Group dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang khususnya Pengajian Kejuruteraan Kimia, telah mencapai kejayaan gemilang dalam Thailand Inventors’ Day & Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx) 2025 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Februari 2025 di Bangkok.