
Program SULAM - CEV631 (Leadership & Professional Ethics for Engineers) Siri Ke-2
Program SULAM siri ke-2 dinamakan Jah-it Green diadakan di NADI Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang. dengan tema upcycling fabrik pakaian, pelajar telah berkongsi kaedah tentang naik taraf pakaian atau akin terbuang dengan jahitan menjadi beg dan produk yang berguna.

Lawatan Industri ke Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi, Greenviro Solutions Sdn. Bhd.
Seramai 42 orang pelajar Semester 3 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi kod kursus CEV421 – Introduction to Waste Management telah mengadakan lawatan industri ke Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi, Ampang Jajar, Pulau Pinang. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Rasyidah Alrozi, pensyarah Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang (PKK UiTMCPP).

Taklimat Fakulti Bersama Pelajar Baharu EH225
Alhamdulillah, sesi Taklimat Fakulti Bersama Pelajar Baharu EH225 (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia) bagi Ambilan Oktober 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan luar biasa. Seramai 70 orang pelajar baharu hadir bagi mendengar taklimat pengenalan yang disampaikan oleh barisan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMCPP.

Lawatan Industri CEV663 Ke Petronas Chemical Fertilizer Sdn. Bhd.
Pada 22 Mei 2025 yang lalu, seramai 40 orang pelajar Tahun Akhir (Part 8 yang mengikuti kursus CEV663 – Design Project telah berpeluang menyertai Lawatan Industri ke PETRONAS Chemical Fertilizer Sdn. Bhd., Gurun, Kedah. Para pelajar juga berinteraksi secara langsung dengan jurutera PETRONAS, sekaligus memberi gambaran realistik tentang kerjaya dan cabaran dalam industri kimia.

Lawatan Industri CEV421 Ke Kiyamas Chemical Sdn. Bhd.
Seramai 13 orang pelajar daripada Kursus CEV421 – Introduction to Waste Management, bersama 2 orang pensyarah iaitu Dr Rasyidah Alrozi dan Dr Norain Isa dari UiTM Cawangan Pulau Pinang, Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Anuar Kamaruddin pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) bersama sorang pelajar USM telah menyertai lawatan industri ke Kiyamas Chemical Sdn. Bhd., sebuah syarikat pemulihan bahan buangan berjadual (scheduled waste) yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

Lawatan Industri CEV413 Ke Loji Rawatan Air Sungai Dua
Seramai 38 orang pelajar dari program ijazah sarjana muda Kejuruteraan Kimia (persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menyertai lawatan akademik ke Loji Rawatan Air Sungai Dua, Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada pembelajaran dalam kursus CEV413 – Physico-chemical wastewater treatment.

Jerayawara Misi Akademik di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMKK), Pendang Kedah
Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya melaksanakan Jerayawara Misi Akademik di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMKK), Pendang Kedah sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM kepada bakal mahasiswa.

Mesyuarat Penyelarasan Projek CSR "Tanah Subur Pintar" antara UiTM & Petronas Gas Berhad
UiTM terus komited dalam memacu inovasi dan kelestarian melalui Projek Tanah Subur Pintar – CSR, hasil kolaborasi strategik dengan Petronas Gas Berhad (PGB). Projek ini bertujuan untuk memanfaatkan teknologi pintar dalam pemulihan dan pengurusan tanah subur sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi impak kepada alam sekitar dan masyarakat.

Khidmat Masyarakat: Pemindahan Ilmu Bersama Pelajar PSMART 2.0 SMK Pokok Sena
Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang terus komited dalam usaha pemindahan ilmu kepada masyarakat, kali ini melalui program PSMART 2.0 bersama pelajar SMK Pokok Sena, yang menjalankan projek inovasi penghasilan lip balm berasaskan asam renda.

Jerayawara Misi Akademik: Sekilas CEEH225 di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh & UiTM Pasir Gudang
Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya melaksanakan Jerayawara Misi Akademik: Sekilas CEEH225 di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh dan Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Pasir Gudang. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM kepada bakal mahasiswa serta memberikan gambaran jelas mengenai peluang akademik dan kerjaya dalam bidang ini.