Student

Activity, Student

Lawatan Industri ke Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi, Greenviro Solutions Sdn. Bhd.

Seramai 42 orang pelajar Semester 3 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi kod kursus CEV421 – Introduction to Waste Management telah mengadakan lawatan industri ke Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi, Ampang Jajar, Pulau Pinang. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Rasyidah Alrozi, pensyarah Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang (PKK UiTMCPP).
17 December 2025
Activity, Student

Lawatan Industri CEV663 Ke Petronas Chemical Fertilizer Sdn. Bhd.

Pada 22 Mei 2025 yang lalu, seramai 40 orang pelajar Tahun Akhir (Part 8 yang mengikuti kursus CEV663 – Design Project telah berpeluang menyertai Lawatan Industri ke PETRONAS Chemical Fertilizer Sdn. Bhd., Gurun, Kedah. Para pelajar juga berinteraksi secara langsung dengan jurutera PETRONAS, sekaligus memberi gambaran realistik tentang kerjaya dan cabaran dalam industri kimia.
22 May 2025
Activity, Student

Lawatan Industri CEV421 Ke Kiyamas Chemical Sdn. Bhd.

Seramai 13 orang pelajar daripada Kursus CEV421 – Introduction to Waste Management, bersama 2 orang pensyarah iaitu Dr Rasyidah Alrozi dan Dr Norain Isa dari UiTM Cawangan Pulau Pinang, Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Anuar Kamaruddin pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) bersama sorang pelajar USM telah menyertai lawatan industri ke Kiyamas Chemical Sdn. Bhd., sebuah syarikat pemulihan bahan buangan berjadual (scheduled waste) yang terletak di Sungai Petani, Kedah.
21 May 2025
Activity, Student

Lawatan Industri CEV413 Ke Loji Rawatan Air Sungai Dua

Seramai 38 orang pelajar dari program ijazah sarjana muda Kejuruteraan Kimia (persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menyertai lawatan akademik ke Loji Rawatan Air Sungai Dua, Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada pembelajaran dalam kursus CEV413 – Physico-chemical wastewater treatment.
20 May 2025
Need Help?