
Pasukan EMZI-UiTM Nano Core Lab Cemerlang di IPITEx 2025
Pasukan EMZI-UiTM Nano Core Industrial Research Laboratory, hasil kerjasama antara EMZI Group dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang khususnya Pengajian Kejuruteraan Kimia, telah mencapai kejayaan gemilang dalam Thailand Inventors’ Day & Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx) 2025 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Februari 2025 di Bangkok.

Penyelidikan di Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Thailand
Dari 18 hingga 23 Disember 2024, enam penyelidik dari UiTM Cawangan Pulau Pinang, terdiri daripada pelajar ijazah sarjana muda dan PhD, telah menyertai program penyelidikan di Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Thailand. Penyelidikan ini memfokuskan kepada bahan mikro-perenang untuk rawatan pencemaran air menggunakan teknologi sinar-X berintensiti tinggi, khususnya alat XAS (X-ray absorption spectrometer).

Penyelidikan di ISIS Neutron and Muon Source, Harwell Oxford, England
Seorang pelajar PhD (Nurfarwizah Adzuan Hafiz) dan seorang pensyarah dari Pengajian Kejuruteraan Kimia (Prof MAdya Ir Dr Noor Fitrah Abu Bakar) telah menyertai program penyelidikan di ISIS Neutron and Muon Source, England. Penyelidikan ini memanfaatkan teknologi neutron dan muon untuk analisis struktur bahan, memberi fokus kepada aplikasi nanoteknologi dalam bahan lestari. projek ini turut diselia Ir Ts Mohamed Syazwan Osman