2026

Program Glow In The Dark Dodgeball ChESS x JSP 1

Program Glow In The Dark Dodgeball ChESS x JSP

Pada 21 Jun 2026, Chemical Engineering Student Society (ChESS) dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) telah menganjurkan program Glow in the Dark Dodgeball bertempat di Gelanggang Hoki Zamrud, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

21 June 2026
2026, Activity, Student
Rutherford Appleton Laboratory in Oxfordshire, the ISIS Neutron and Muon Source - UiTM Penang - Ir Syazwan Osman

Saintis Muda UiTM Perkukuh Kedudukan Malaysia dalam Penyelidikan Global di Fasiliti Neutron Bertaraf Dunia

Pasukan penyelidik UiTM Cawangan Pulau Pinang berjaya meletakkan Malaysia di peta penyelidikan global selepas dipilih menjalankan eksperimen di ISIS Neutron and Muon Source, United Kingdom, menerusi projek pembangunan teknologi bagi menangani pencemaran mikroplastik.

18 June 2026
2026, Achievement, News, Research
Penyelidik FKK UiTMCPP Jalankan Eksperimen Di ISIS Neutron 1

Penyelidik FKK UiTMCPP Jalankan Eksperimen Di ISIS Neutron and Muon Source, United Kingdom

Pasukan penyelidik Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang yang telah menjalankan eksperimen di ISIS Neutron and Muon Source, United Kingdom, salah satu fasiliti penyelidikan neutron terkemuka dunia. Pasukan ini diketuai oleh Ir Ts Mohamed Syazwan Osman dan Prof Madya Ir Dr Noor Fitrah Abu Bakar bersama dua pelajar PhD, Nur Lina Syahirah Mustapa dan Anis Syuhada Saufi

17 June 2026
2026, Achievement, Research
Lawatan Akademik DP2 (CEV663) Ke United Palm Oil Industries Sdn. Bhd.

Lawatan Akademik DP2 (CEV663) Ke United Palm Oil Industries Sdn. Bhd.

Seramai 44 orang pelajar Semester 8 bagi kursus DP2 (CEV663) telah menyertai lawatan akademik ke United Palm Oil Industries Sdn. Bhd., Nibong Tebal, Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai operasi sebenar sebuah loji proses.

11 June 2026
2026, Activity, Student
Lawatan Industri Ke Loji Rawatan Air Bukit Panchor, PBA

Lawatan Industri Ke Loji Rawatan Air Bukit Panchor, PBA

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang operasi sebenar rawatan air, termasuk proses koagulasi, flokulasi, pemendapan, penapisan, pembasmian kuman serta pemantauan kualiti air. Pelajar turut diperkenalkan kepada teknologi Dissolved Air Flotation (DAF) yang digunakan bagi meningkatkan kapasiti rawatan air di loji berkenaan.

8 June 2026
2026, Activity, Student
Mobiliti Pelajar Antarabangsa Dari CESI, France Ke UiTM CPP 2

Mobiliti Pelajar Antarabangsa Dari CESI, France Ke UiTM CPP

Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang mengalu-alukan kedatangan Julien Roll, pelajar antarabangsa dari CESI, France, yang mengikuti program Lab Attachment (sangkutan makmal) di UiTM Cawangan Pulau Pinang.

8 June 2026
2026, Activity, News, Student
Lawatan Penyelidikan Ke Diamond Light Source, United Kingdom 2

Lawatan Penyelidikan Ke Diamond Light Source, United Kingdom

Pasukan penyelidik Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang yang terdiri daripada Ir Ts Mohamed Syazwan Osman, Nur Lina Syahirah Mustapa dan Anis Syuhada Saufi telah mengadakan lawatan penyelidikan ke Diamond Light Source, United Kingdom.

4 June 2026
2026, Achievement, Activity, Research
Lawatan Industri CEV421 Ke Neogreen (Malaysia) Sdn. Bhd. 2

Lawatan Industri CEV421 Ke Neogreen (Malaysia) Sdn. Bhd.

Seramai 28 orang pelajar Semester 2 Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran), UiTM Cawangan Pulau Pinang yang mengikuti kursus CEV421 – Introduction to Waste Management telah mengadakan lawatan industri ke Neogreen (Malaysia) Sdn. Bhd., Bukit Selambau, Kedah.

4 June 2026
2026, Activity, Student
Community Development International Inbound (CDII-E) – Kolaborasi Universitas Syiah Kuala (USK) & Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang

Community Development International Inbound (CDII-E) - Kolaborasi Universitas Syiah Kuala (USK) & Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang

Prof. Dr. Abdul Hadi, Dr. Muhammad Zahiruddin bin Ramli dan Saudara Fuad Ainuddin bin Ismail Shah telah menjayakan program Community Development International Inbound (CDII-E) hasil kolaborasi antarabangsa antara Universitas Syiah Kuala (USK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang dan Koperasi Produksi Fish Jelly Aceh.

12 May 2026
2026, Achievement, Activity, News
Flag-Off Latihan Sangkutan Penyelidikan Antarabangsa2

Flag-Off Latihan Sangkutan Penyelidikan Antarabangsa - Prince of Songkla University (PSU), Thailand dan STFC ISIS Neutron and Muon Source, Oxford, United Kingdom

Sesi "flag-off" pensyarah dan pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, sebagai simbolik pelepasan rasmi bagi menjalani latihan sangkutan penyelidikan luar negara.

11 May 2026
2026, Activity, News, Research
Pelajar Pasca Siswazah Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMCPP Menerima Biasiswa Prince Songkhla University (PSU), Thailand4

Pelajar Pasca Siswazah Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMCPP Menerima Biasiswa Prince Songkhla University (PSU), Thailand

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar pasca siswazah Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMCPP, saudari Nur Lina Syahirah Mustapa (EH950) yang berjaya meraih biasiswa PhD berprestij "Ph.D. Student Exchange Scholarship for Fiscal Year 2026" di Prince Songkhla University (PSU), Thailand selama 6 bulan bermula 1 Julai 2026.

3 May 2026
2026, Activity, Research, Student
Lawatan Rektor Middle East Technical University (METU) Turkiye ke Makmal EMZI NANO-CORE3

Lawatan Rektor Middle East Technical University (METU) Turkiye ke Makmal EMZI NANO-CORE

Prof. Dr. Ahmet Yozgatligil, Rektor Middle East Technical University (METU) Turkiye telah mengunjungi makmal penyelidikan industri EMZI NANO-CORE Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTMCPP. Banyak input menarik dari Prof Ahmet dalam mengukuhkan lagi makmal ini dan memneroka ruang kerjasama antara METU Turkiye dan FKK UiTMCPP

27 April 2026
2026, Activity, Research
Jerayawara akademik di FSG, UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah4

Jerayawara Akademik di FSG, UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah

Jerayawara akademik di FSG, UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah - jemputan Fakulti Sains Gunaan (FSG), UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah, delegasi Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) terdiri daripada Prof Madya Dr Hamizura Hassan, Dr Nor Fariza Ismail, Dr Siti Sabrina dan dua wakil pelajar EH225, saudari Qarmilla dan Alia.

17 April 2026
2026, Achievement, Activity, Student
671473832_122157437660693658_5669470738320743601_n

Program International Academic Mobility and Research Collaboration di Universiti Brunei Darussalam (UBD)

Pihak Fakulti ingin merakamkan ucapan Tahniah kepada Pensyarah kanan FKK, Dr. Nur Alwani Ali Bashah atas kejayaan menyertai program International Academic Mobility and Research Collaboration di Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 11 hingga 17 April 2026.

11 - 17 April 2026
2026, Activity, Research
Makmal EMZI NANO-CORE2

Lawatan YBhg Tan Sri Pro Canselor UiTM ke Makmal EMZI NANO-CORE

Lawatan YBhg Tan Sri Pro Canselor UiTM ke Makmal EMZI NANO-CORE merintis kerjasama erat UiTM-EMZI. Makmal Penyelidikan Industri ini telah bermula sejak 2021 merupakan satu manifestasi kelestarian hubungan universiti-industri yang terjalin di PKK UiTMCPP ini.

8 April 2026
2026, Activity, News, Research
Kunjung Bantu Inovasi – Inisiatif Program Sentuhan Daya Cipta MADANI (SEDIA)1

Kunjung Bantu Inovasi - Inisiatif Program Sentuhan Daya Cipta MADANI (SEDIA)

Sesi kunjung bantu pensyarah kanan Ir Ts Mohamed Syazwan Bin Osman kepada 20 orang pelajar SMK Pauh Jaya dan SMK Mengkuang Pulau Pinang berkait inovasi. Kesemua mereka merupakan pelajar bimbingan di bawah Ir Syazwan bagi program Sentuhan Daya Cipta MADANI (SEDIA) yang dibiayai Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan BPPBPP ICU JPM.

8 April 2026
2026, Activity, Community
649057004_122154720758693658_4489136094946827726_n

UiTMCPP Perkukuh Kerjasama Penyelidikan Antarabangsa di Prince of Songkla University

Delegasi UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diketuai oleh Ir. Ts. Mohamed Syazwan Osman bersama 5 orang pelajar Kejuruteraan Kimia telah mengadakan lawatan akademik ke Prince of Songkla University (PSU), Hat Yai, Thailand bagi memperluaskan jaringan kerjasama penyelidikan dan penyeliaan pascasiswazah.

16 February 2026
2026, Activity, Research
649077620_122154720368693658_6732265501887736396_n

UiTMCPP @ Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Thailand

UiTM Cawangan Pulau Pinang terus melangkah ke hadapan dalam penyelidikan bertaraf dunia apabila satu delegasi penyelidik dan pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMCPP berpeluang menjalankan eksperimen di Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Thailand dari 13 hingga 16 Februari 2026.

13 - 16 February 2026
2026, Activity, Research
erwqrqr

Pengiktirafan Kecemerlangan Keusahawanan

Setinggi-tinggi tahniah kepada Ir. Ts. Mohamed Syazwan Osman, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang

14 February 2026
2026, Achievement, Research
CleanShot 2026-02-06 at 09.08.00@2x

PKK UiTM Pulau Pinang Postgraduate Colloquium 2026

Pada 5 Februari 2026, Pusat Pengajian Siswazah dengan kerjasama Pengajian Kejuruteraan Kimia (PKK) telah berjaya menganjurkan PKK UiTM Pulau Pinang Postgraduate Colloquium 2026 secara dalam talian melalui Microsoft Teams, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

5 February 2026
2026, Activity, Student
Geran Penyelidikan Antarabangsa ISIS Beamtime Application – UK International Science Partnerships Fund (ISPF)

Geran Penyelidikan Antarabangsa ISIS Beamtime Application - UK International Science Partnerships Fund (ISPF)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ir. Ts. Mohamed Syazwan Osman, Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh atas kejayaan menerima Geran Penyelidikan Antarabangsa ISIS Beamtime Application - UK International Science Partnerships Fund (ISPF)

5 February 2026
2026, Achievement, Research
626905965_122151974774693658_7618466690674204098_n

Program Saintis Turun Sekolah – Kitaran 2 Program STI 100³

Program Saintis Turun Sekolah – Kitaran 2 Program STI 100³ telah dilaksanakan secara kolaboratif antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh dan SMK Air Merah, Kulim, Kedah bagi tempoh Disember 2025 hingga Februari 2026. rogram ini diterajui oleh Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTMCPP dengan kerjasama Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Bahagian Penyelidikan, Jairngan Industri, Masyarakat & Alumni (PJIMA) UiTMCPP.

4 February 2026
2026, Activity, Community
622874105_122151068114693658_7613784287452853215_n

Program Inovasi Sentuhan Daya Cipta MADANI (SEDIA)

Special Interest Group (SIG) Human Capital, Innovation & Social Engagement (HCISE) melaksanakan program inovasi Sentuhan Daya Cipta MADANI (SEDIA) selepas beberapa bulan lepas hingga berjaya membawa 14 orang pelajar sekolah tingkatan 1-2 dari 11 sekolah di Parlimen Permatang Pauh memenangi Pertandingan inovasi IPITEX 2026 di Bangkok diraikan dalam jemputan ke satu program Karnival Kebudayaan MADANI di SMK Permatang Pasir.

24 January 2026
2026, Community, News
617568884_122150718620693658_5054180640925657697_n

Lawatan benchmarking dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM)

Lawatan benchmarking dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM) ke Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTMCPP. Delegasi diketuai oleh Dr Ayshah, Dr Shuhada dan En Irwin. Manakala PKK, UiTMCPP diwakili Ir Ts Mohamed Syazwan, Dr Hamizura Hassan, Ir Dr Mohd Azahar dan Dr Nurulhuda Amri.

21 January 2026
2026, Activity
616095172_122150452988693658_5859846944180539828_n

Program SULAM - CEV631 (Leadership & Professional Ethics for Engineers) Siri Ke-6

Program SULAM di bawah subjek CEV631 (Leadership & Professional Ethics for Engineers) siri ke-6 bagi semester ini telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah dan bermakna pada 17 Januari 2026, bertempat di Dewan Serbaguna KRT Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

17 January 2026
2026, Community, Student
616188851_122150573642693658_660421891428417845_n

Lawatan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang ke Kulim Hi Tech Park (KHTP)

Lawatan 42 orang pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia (persekitaran) uitm cawangan pulau pinang ke Kulim Hi Tech Park (KHTP). kami dihoskan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC) oleh Puan Sakeena

15 January 2026
2026, Activity, Student
618231051_122150559782693658_4653076073802735976_n

Program SULAM - CEV631 (Leadership & Professional Ethics for Engineers) Siri Ke-5

Program SULAM siri ke-5 EMPOWER4CHANGE: “Building Resilient Communities” telah berjaya dilaksanakan pada 10 Januari 2026 bertempat di Rumah Kebajikan Seri Cahaya, Pulau Pinang. Program bermula dengan sesi set up dan welcoming session bersama anak-anak Rumah Kebajikan Seri Cahaya , diikuti sesi pemindahan ilmu tentang upcycling yang dikendalikan oleh pelajar yang mengambil subjek CEV631

9 January 2026
2026, Community, Student
616264261_122150571458693658_6785340622165610578_n

Lawatan ke Jabatan Kejuruteraan Kimia, Chulalangkorn University, Thailand

Lawatan delegasi pelajar PKK UITMCPP dan pensyarah Ir Ts Mohamed Syazwan Osman berkesempatan melawat Jabatan Kejuruteraan Kimia, Chulalangkorn University, Thailand, sebuah universiti terkemuka di Thailand.

7 January 2026
2026, Activity, Student
611553687_1347658524058140_7786130099674362895_n

Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx) 2026

Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah melakar sejarah apabila 10 daripada mahasiswa daripada Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) dibimbing oleh Ts. Syazwan Osman telah mempersembahkan kreativiti mereka dalam pertandingan Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation & Technology (IPITEX) 2026 yang berlangsung di Bangkok International Trade & Exhibition Centre (BITEC), Bangkok, Thailand bermula pada 5hb. Sehingga 9hb. Januari 2026.

5 – 9 January 2026
2026, Achievement, Research
617511477_122150561090693658_4255654459228731754_n

Program SULAM - CEV631 (Leadership & Professional Ethics for Engineers) Siri Ke-4

Program SULAM di bawha subjek CEV631 (leadership & professional ethics siri ke 4 diadakan pada 4hb Januari 2026 di Koperasi Estet Permatang Manggis, Seberang Perai Utara. Tema program ini ialah upcycling plastik parcel yang telah dibuang menjadi bahan-bahan dekorasi berguna. turut diadakan pertandingan mewarna si kecil.

4 January 2026
2026, Community, Student
618095172_122150568410693658_5881711522161508364_n

Program SULAM - CEV631 (Leadership & Professional Ethics for Engineers) Siri Ke-2

Program SULAM siri ke-2 dinamakan Jah-it Green diadakan di NADI Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang. dengan tema upcycling fabrik pakaian, pelajar telah berkongsi kaedah tentang naik taraf pakaian atau akin terbuang dengan jahitan menjadi beg dan produk yang berguna.

27 December 2025
2025, Community, Student
619573611_122150635190693658_2102206071194063757_n

Lawatan Industri ke Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi, Greenviro Solutions Sdn. Bhd.

Seramai 42 orang pelajar Semester 3 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi kod kursus CEV421 – Introduction to Waste Management telah mengadakan lawatan industri ke Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi, Ampang Jajar, Pulau Pinang. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Rasyidah Alrozi, pensyarah Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang (PKK UiTMCPP).

17 December 2025
2025, Activity, Student
499668704_122126862032693658_2549469421492606479_n

Lawatan Industri CEV663 Ke Petronas Chemical Fertilizer Sdn. Bhd.

Pada 22 Mei 2025 yang lalu, seramai 40 orang pelajar Tahun Akhir (Part 8 yang mengikuti kursus CEV663 – Design Project telah berpeluang menyertai Lawatan Industri ke PETRONAS Chemical Fertilizer Sdn. Bhd., Gurun, Kedah. Para pelajar juga berinteraksi secara langsung dengan jurutera PETRONAS, sekaligus memberi gambaran realistik tentang kerjaya dan cabaran dalam industri kimia.

22 May 2025
2025, Activity, Student
500210583_122127328412693658_8197696685874539971_n

Lawatan Industri CEV421 Ke Kiyamas Chemical Sdn. Bhd.

Seramai 13 orang pelajar daripada Kursus CEV421 – Introduction to Waste Management, bersama 2 orang pensyarah iaitu Dr Rasyidah Alrozi dan Dr Norain Isa dari UiTM Cawangan Pulau Pinang, Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Anuar Kamaruddin pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) bersama sorang pelajar USM telah menyertai lawatan industri ke Kiyamas Chemical Sdn. Bhd., sebuah syarikat pemulihan bahan buangan berjadual (scheduled waste) yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

21 May 2025
2025, Activity, Student
499711348_122126882960693658_220695626319433559_n

Lawatan Industri CEV413 Ke Loji Rawatan Air Sungai Dua

Seramai 38 orang pelajar dari program ijazah sarjana muda Kejuruteraan Kimia (persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menyertai lawatan akademik ke Loji Rawatan Air Sungai Dua, Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada pembelajaran dalam kursus CEV413 – Physico-chemical wastewater treatment.

20 May 2025
2025, Activity, Student
482226048_122117089376693658_2125794810446648988_n

Jerayawara Misi Akademik di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMKK), Pendang Kedah

Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya melaksanakan Jerayawara Misi Akademik di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMKK), Pendang Kedah sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM kepada bakal mahasiswa.

9 March 2025
2025, Activity
482022744_122117088506693658_716604441627208936_n

Mesyuarat Penyelarasan Projek CSR "Tanah Subur Pintar" antara UiTM & Petronas Gas Berhad

UiTM terus komited dalam memacu inovasi dan kelestarian melalui Projek Tanah Subur Pintar – CSR, hasil kolaborasi strategik dengan Petronas Gas Berhad (PGB). Projek ini bertujuan untuk memanfaatkan teknologi pintar dalam pemulihan dan pengurusan tanah subur sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi impak kepada alam sekitar dan masyarakat.

9 March 2025
2025, Community
482222065_122117087972693658_9049662974339617326_n

Khidmat Masyarakat: Pemindahan Ilmu Bersama Pelajar PSMART 2.0 SMK Pokok Sena

Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang terus komited dalam usaha pemindahan ilmu kepada masyarakat, kali ini melalui program PSMART 2.0 bersama pelajar SMK Pokok Sena, yang menjalankan projek inovasi penghasilan lip balm berasaskan asam renda.

9 March 2025
2025, Community
482001534_122117087390693658_6958562077198447336_n

Jerayawara Misi Akademik: Sekilas CEEH225 di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh & UiTM Pasir Gudang

Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya melaksanakan Jerayawara Misi Akademik: Sekilas CEEH225 di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh dan Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Pasir Gudang. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM kepada bakal mahasiswa serta memberikan gambaran jelas mengenai peluang akademik dan kerjaya dalam bidang ini.

9 March 2025
2025, Activity
482022491_122117086184693658_2239800907709391605_n

Lawatan Pemeriksa Luar: Memperkasa Program Ijazah Sarjana Muda

Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang berbesar hati menerima lawatan pemeriksa luar, Prof. Ir. Dr. Zainal Ahmad, yang juga Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM). Lawatan ini bertujuan untuk menilai dan menambah baik program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTMCPP bagi memastikan ia terus relevan dengan keperluan industri dan perkembangan akademik terkini.

9 March 2025
2025, Activity
482191311_122117085710693658_6670699786475881103_n

Lawatan Pengurusan UiTM Cawangan Sarawak ke Makmal EMZI NANO-CORE

Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Sarawak ke Makmal Penyelidikan Industri EMZI NANO-CORE. Lawatan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama penyelidikan dan memahami inisiatif Industry-in-the-Campus yang telah diterapkan di UiTMCPP melalui kerjasama strategik bersama EMZI Holding Sdn. Bhd.

9 March 2025
2025, Activity
481450754_122116442276693658_7536555743417293434_n

Industry-in-the-Campus: Menghubungkan Akademik dan Industri

Sebagai sebahagian daripada pengisian program ini, pelajar yang mengambil subjek CEV631 (Leadership and Professional Ethics for Engineers) telah didedahkan dengan kuliah industri eksklusif bersama EMZI Holding Sdn Bhd. Program ini berlangsung di kilang EMZI di Kedah Halal Park, Sungai Petani, serta sesi perkongsian operasi syarikat di HQ EMZI, SP Plaza, Sungai Petani.

4 March 2025
2025, Activity
481182983_122116140812693658_673839707934098_n

Pencapaian Cemerlang di Malaysia Technology Expo (MTE 2025)

Jutaan tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang iaitu Dr. Rasyidah Alrozi, Dr. Siti Aminah Md Ali, Dr. Siti Nurehan Abd Jalil, Dr. Norain Isa dan Ir. Ts. Mohamed Syazwan Bin Osman atas pencapaian luar biasa mereka sebagai mentor inovasi kepada pelajar-pelajar sekolah di Pulau Pinang dalam pertandingan inovasi MTE 2025.

2 March 2025
2025, Achievement
Pasukan EMZI-UiTM Nano Core Lab Cemerlang di IPITEx 2025

Pasukan EMZI-UiTM Nano Core Lab Cemerlang di IPITEx 2025

Pasukan EMZI-UiTM Nano Core Industrial Research Laboratory, hasil kerjasama antara EMZI Group dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang khususnya Pengajian Kejuruteraan Kimia, telah mencapai kejayaan gemilang dalam Thailand Inventors’ Day & Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx) 2025 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Februari 2025 di Bangkok.

2 - 6 February 2025
2025, Achievement, Research
480279785_122114086010693658_2316981467016091803_n

PKK Family Day 2025

Pada tanggal 4 Januari 2025, hari Sabtu telah berlangsungnya event PKK Family Day yang melibatkan semua pelajar Chemical Engineering dari semester 1 hingga 8. Program ini juga turut dimeriahkan dengan penglibatan pensyarah - pensyarah PKK yang turut turun bersama dengan anak anak kecil mereka untuk menghebohkan lagi event PKK Family Day Kali ini.

4 January 2025
2025, Activity
Penyelidikan di Synchrotron Light Research Institute (SLRI) main

Penyelidikan di Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Thailand

Dari 18 hingga 23 Disember 2024, enam penyelidik dari UiTM Cawangan Pulau Pinang, terdiri daripada pelajar ijazah sarjana muda dan PhD, telah menyertai program penyelidikan di Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Thailand. Penyelidikan ini memfokuskan kepada bahan mikro-perenang untuk rawatan pencemaran air menggunakan teknologi sinar-X berintensiti tinggi, khususnya alat XAS (X-ray absorption spectrometer).

18 - 23 December 2024
2025, Research
Lawatan Penanda Aras UMPSA 1 1920

Lawatan Penanda Aras Program Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Persekitaran (CEEH225)

Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PKK) UiTMCPP telah mengadakan lawatan penanda aras bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) CEEH225 ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA). Delegasi daripada PKK UiTMCPP seramai 9 orang diketuai oleh Ketua Pusat PKK, Dr. Hamizura Hassan.

18 December 2024
2025, Activity
Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya main

"Be Green Outreach Programme" Tingkatkan Kesedaran Hijau di SK Seberang Jaya

Modul Plastik, Kelestarian dan Anda memberi pendedahan saintifik tentang kitaran hayat plastik dan prinsip 3R—Reduce, Reuse, Recycle. Aktiviti seperti Trash to Art dan eksperimen sains menunjukkan bagaimana bahan sisa boleh diberi nilai baharu. Ucapan perasmian oleh Dr. Ahmad Asri Abd Samat, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM, menekankan pentingnya pendidikan dan kolaborasi untuk mencetuskan perubahan terhadap alam sekitar.

10 December 2024
2025, Activity
Be Green Outreach Programme Buka Mata Generasi Muda tentang Isu Plastik 1

"Be Green Outreach Programme" Buka Mata Generasi Muda tentang Isu Plastik

Pada 4 Disember 2024, Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah, Kepala Batas, mencatat sejarah apabila lebih 900 pelajarnya terlibat dalam Be Green Outreach Programme anjuran Pengajian Kejuruteraan Kimia UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG). Program sehari ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kelestarian alam sekitar dengan penekanan pada pengurusan plastik.

4 December 2024
2025, Activity
Penyelidikan di ISIS Neutron and Muon Source, Harwell Oxford, England

Penyelidikan di ISIS Neutron and Muon Source, Harwell Oxford, England

Seorang pelajar PhD (Nurfarwizah Adzuan Hafiz) dan seorang pensyarah dari Pengajian Kejuruteraan Kimia (Prof MAdya Ir Dr Noor Fitrah Abu Bakar) telah menyertai program penyelidikan di ISIS Neutron and Muon Source, England. Penyelidikan ini memanfaatkan teknologi neutron dan muon untuk analisis struktur bahan, memberi fokus kepada aplikasi nanoteknologi dalam bahan lestari. projek ini turut diselia Ir Ts Mohamed Syazwan Osman

7 October 2024
2025, Research
Need Help?