
UiTMCPP Perkukuh Kerjasama Penyelidikan Antarabangsa di Prince of Songkla University
Delegasi UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diketuai oleh Ir. Ts. Mohamed Syazwan Osman bersama 5 orang pelajar Kejuruteraan Kimia telah mengadakan lawatan akademik ke Prince of Songkla University (PSU), Hat Yai, Thailand bagi memperluaskan jaringan kerjasama penyelidikan dan penyeliaan pascasiswazah.

UiTMCPP @ Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Thailand
UiTM Cawangan Pulau Pinang terus melangkah ke hadapan dalam penyelidikan bertaraf dunia apabila satu delegasi penyelidik dan pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMCPP berpeluang menjalankan eksperimen di Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Thailand dari 13 hingga 16 Februari 2026.

PKK UiTM Pulau Pinang Postgraduate Colloquium 2026
Pada 5 Februari 2026, Pusat Pengajian Siswazah dengan kerjasama Pengajian Kejuruteraan Kimia (PKK) telah berjaya menganjurkan PKK UiTM Pulau Pinang Postgraduate Colloquium 2026 secara dalam talian melalui Microsoft Teams, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Program Saintis Turun Sekolah – Kitaran 2 Program STI 100³
Program Saintis Turun Sekolah – Kitaran 2 Program STI 100³ telah dilaksanakan secara kolaboratif antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh dan SMK Air Merah, Kulim, Kedah bagi tempoh Disember 2025 hingga Februari 2026. rogram ini diterajui oleh Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTMCPP dengan kerjasama Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Bahagian Penyelidikan, Jairngan Industri, Masyarakat & Alumni (PJIMA) UiTMCPP.

Lawatan benchmarking dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM)
Lawatan benchmarking dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM) ke Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTMCPP. Delegasi diketuai oleh Dr Ayshah, Dr Shuhada dan En Irwin. Manakala PKK, UiTMCPP diwakili Ir Ts Mohamed Syazwan, Dr Hamizura Hassan, Ir Dr Mohd Azahar dan Dr Nurulhuda Amri.

Lawatan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang ke Kulim Hi Tech Park (KHTP)
Lawatan 42 orang pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia (persekitaran) uitm cawangan pulau pinang ke Kulim Hi Tech Park (KHTP). kami dihoskan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC) oleh Puan Sakeena

Lawatan ke Jabatan Kejuruteraan Kimia, Chulalangkorn University, Thailand
Lawatan delegasi pelajar PKK UITMCPP dan pensyarah Ir Ts Mohamed Syazwan Osman berkesempatan melawat Jabatan Kejuruteraan Kimia, Chulalangkorn University, Thailand, sebuah universiti terkemuka di Thailand.

Lawatan Industri ke Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi, Greenviro Solutions Sdn. Bhd.
Seramai 42 orang pelajar Semester 3 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi kod kursus CEV421 – Introduction to Waste Management telah mengadakan lawatan industri ke Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi, Ampang Jajar, Pulau Pinang. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Rasyidah Alrozi, pensyarah Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang (PKK UiTMCPP).

Taklimat Fakulti Bersama Pelajar Baharu EH225
Alhamdulillah, sesi Taklimat Fakulti Bersama Pelajar Baharu EH225 (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia) bagi Ambilan Oktober 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan luar biasa. Seramai 70 orang pelajar baharu hadir bagi mendengar taklimat pengenalan yang disampaikan oleh barisan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMCPP.

Lawatan Industri CEV663 Ke Petronas Chemical Fertilizer Sdn. Bhd.
Pada 22 Mei 2025 yang lalu, seramai 40 orang pelajar Tahun Akhir (Part 8 yang mengikuti kursus CEV663 – Design Project telah berpeluang menyertai Lawatan Industri ke PETRONAS Chemical Fertilizer Sdn. Bhd., Gurun, Kedah. Para pelajar juga berinteraksi secara langsung dengan jurutera PETRONAS, sekaligus memberi gambaran realistik tentang kerjaya dan cabaran dalam industri kimia.