
Program Saintis Turun Sekolah – Kitaran 2 Program STI 100³
Program Saintis Turun Sekolah – Kitaran 2 Program STI 100³ telah dilaksanakan secara kolaboratif antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh dan SMK Air Merah, Kulim, Kedah bagi tempoh Disember 2025 hingga Februari 2026. rogram ini diterajui oleh Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTMCPP dengan kerjasama Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Bahagian Penyelidikan, Jairngan Industri, Masyarakat & Alumni (PJIMA) UiTMCPP.

Program Inovasi Sentuhan Daya Cipta MADANI (SEDIA)
Special Interest Group (SIG) Human Capital, Innovation & Social Engagement (HCISE) melaksanakan program inovasi Sentuhan Daya Cipta MADANI (SEDIA) selepas beberapa bulan lepas hingga berjaya membawa 14 orang pelajar sekolah tingkatan 1-2 dari 11 sekolah di Parlimen Permatang Pauh memenangi Pertandingan inovasi IPITEX 2026 di Bangkok diraikan dalam jemputan ke satu program Karnival Kebudayaan MADANI di SMK Permatang Pasir.

Program SULAM - CEV631 (Leadership & Professional Ethics for Engineers) Siri Ke-6
Program SULAM di bawah subjek CEV631 (Leadership & Professional Ethics for Engineers) siri ke-6 bagi semester ini telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah dan bermakna pada 17 Januari 2026, bertempat di Dewan Serbaguna KRT Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Program SULAM - CEV631 (Leadership & Professional Ethics for Engineers) Siri Ke-5
Program SULAM siri ke-5 EMPOWER4CHANGE: “Building Resilient Communities” telah berjaya dilaksanakan pada 10 Januari 2026 bertempat di Rumah Kebajikan Seri Cahaya, Pulau Pinang.
Program bermula dengan sesi set up dan welcoming session bersama anak-anak Rumah Kebajikan Seri Cahaya , diikuti sesi pemindahan ilmu tentang upcycling yang dikendalikan oleh pelajar yang mengambil subjek CEV631

Program SULAM - CEV631 (Leadership & Professional Ethics for Engineers) Siri Ke-4
Program SULAM di bawha subjek CEV631 (leadership & professional ethics siri ke 4 diadakan pada 4hb Januari 2026 di Koperasi Estet Permatang Manggis, Seberang Perai Utara. Tema program ini ialah upcycling plastik parcel yang telah dibuang menjadi bahan-bahan dekorasi berguna. turut diadakan pertandingan mewarna si kecil.

Program SULAM - CEV631 (Leadership & Professional Ethics for Engineers) Siri Ke-3
SULAM siri ke-3 diteruskan dengan idea inovatif yang mana sekumpulan pelajar2 ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia (persekitaran) telah melaksanakan program ROBLOX game craft kepada remaja di sekitar Seberang Jaya pada 3 Januari 2026. Dengan kerjasama strategik NADI Seberang Jaya program ini mendedahkan teknik rekacipta game ROBLOX bertemakan alam sekitar dan decarbonization.

Program SULAM - CEV631 (Leadership & Professional Ethics for Engineers) Siri Ke-2
Program SULAM siri ke-2 dinamakan Jah-it Green diadakan di NADI Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang. dengan tema upcycling fabrik pakaian, pelajar telah berkongsi kaedah tentang naik taraf pakaian atau akin terbuang dengan jahitan menjadi beg dan produk yang berguna.

Mesyuarat Penyelarasan Projek CSR "Tanah Subur Pintar" antara UiTM & Petronas Gas Berhad
UiTM terus komited dalam memacu inovasi dan kelestarian melalui Projek Tanah Subur Pintar – CSR, hasil kolaborasi strategik dengan Petronas Gas Berhad (PGB). Projek ini bertujuan untuk memanfaatkan teknologi pintar dalam pemulihan dan pengurusan tanah subur sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi impak kepada alam sekitar dan masyarakat.

Khidmat Masyarakat: Pemindahan Ilmu Bersama Pelajar PSMART 2.0 SMK Pokok Sena
Pengajian Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang terus komited dalam usaha pemindahan ilmu kepada masyarakat, kali ini melalui program PSMART 2.0 bersama pelajar SMK Pokok Sena, yang menjalankan projek inovasi penghasilan lip balm berasaskan asam renda.